Powered By Blogger

Sunday, January 31, 2010

Diari 9 (Tamat persekolahan)

selepas aku menamatkan zaman persekolahan aku pun melepak kat kampung
umur baru 18 masa tu dari duduk saje apa lagi menoreh getah la.
masa 2 orang kuala lanor agak susah sikit nak jual getah bukan macam sekarang jalan masuk dalam kebun
arini kutip esok baru boleh jual dan dapat duit samada ikut bot sungai,keretapi ade juga dijual di kg tapi kena guna kereta tolak atau pikul bagi yang ade motosikal boleh la belasah,Akhirnya selepas mkejatuhan mendadak harga getah maka berhijrahlah ke bandar
Tempat aku mula2 kerja
1.1993-mac 94 umw toyota sg rasah
2.april 94-hingga sekarang hicom yamaha shah alam

Sunday, January 24, 2010

Diari 8 (Kuala lanar dan komunis).


kuala lanar pada satu ketika merupakan kawasan hitam(black area)dimana kawasan sekitarnya terdapat aktiviti PKM yang diharamkan kerajaan
cerita ini budak lanor sekarang confirm tak tau
dari belum merdeka hingga perletakan senjata PKM 1989 kuala lanar tidak sunyi dari cerita komunis
mengikut orang tua2 aktiviti membakar bas kerap berlaku dikawasan ini tentu setengah orang pelik kenapa ade bas padahal bas lalu di kuala lanar sekitar tahun 2001
dulu lepas perang tiada perkhidmatan keretapi dimana rel nya dibawa pihak jepun ke burma maka jalan tiada rel ini digunakan sebagai laluan bas.
hingga ketahun 1989 permit polis perlu dipohon sekiranya penduduk kampung membeli kayu/papan atau pasir dimana jalan yang dilalui adalah dari kg binjai bt.3.
dan sekitar kawasan hutan tersebut pasukan keselamatan kerap melakukan operasi dan latihan

Tuesday, January 5, 2010

Diari 7 (Sumber pendapatan)


kebanyakan penduduknya adalah penoreh getah hampir 90%
sekarang harga getah cukup baik kira2 rm4 sekilo cukup lumayan kalau rajin
tetapi menoreh tidak boleh dilakukan sepanjang tahun
musim hujan,musim daun luruh susu tak de boleh luruh rambut
kalo silap bajet heee..heeee
zaman aku menoreh dulu harga cukup rendah samapai tahap 50 sen pun pernah
akhirnya bungkus baju kerja kilang

Diari 6 (Fahaman politik)


kuala lanar ni agak unik kerana terdapat berbagai ideologi politik
dari zaman KMM,PKM,FRONT SOSIALIST(TANDUK KERBAU)API,AWAS,UMNO,PAS,S46
&PKR,Tetapi ramai juga yang tak tau ulu ilir bantai ikut ajer
tapi nak buat macamana hak masing2,Tetapi golongan orang lama
ramai yang masih setia dengan penimbang dan keris berbanding golongan muda
yang lebih cenderung kepada bulan terang atau bulan sekerat
apa pun diharap pada masa akan datang tahap politik orang lanar bertambah matang
jadi aku teringat ketika pilihanraya tahun 1999 parti keris dan penimbang
mendapat cabaran cukup sengit dikuala lanar terutama apabila geng muda
tidak memberi sokongan seperti sebelumnya.
akhirnya walau berdepan tawaran yang hebat penimbang tewas di peti undi lanor
buat pertama kali sejak merdeka bagi kerusi DUN dimana pertarungan antara penyandang
dengan bekas timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan
maka berlaku upset yang tidak dijangka mujur undi pos jadi penyelamat kalu tak
hilir puak penimbang

Friday, January 1, 2010

Diari 5 Sejarah pendidikan

Di kuala lanor ini sekolah mula ditubuhkan
atau didirikan kalau tak silap selepas perang dunia ke dua
kawasan bangunannya pula terletak berhampiran rumah tinggal arwah aki pilus
ayah kepada pak busu kudin lebih dikenali sebagai
sekolah diatas bukit didirikan dengan kerjasama penduduk
dari ulu kechau(dusun)kerana kebanyakan orang asal kuala lanar
ada hubung kait sedara orng kechau
kemudian selepas beberapa tahun baru lah berpindah ke kawasan sekarang
sekitar tahun 60an

Diari 4 penggal persekolahan bermula


hari ini 2 januari 2010 maka bermulalah alam persekolahan terutama murid2
tahun 1 aku dulu pun macam dia orang juga kena sekolah
atau cakap orang lanor sekoloh
sekolah aku yang mula2 ialah sek.ren.kebangsaan kuala lanar
tahun 1982 masa tu la nak belajar 123 dan abc maklum la
tak masuk tadika walau pon waktu tu dah ader tadika kemas di kg
sebab rumah jauh antara cikgu yang pernah ngajor aku
cikgu mat ludin,cikgu latif alus,cikgu shahrir,cikgu norfatimah(anak arwah aki tahir)
ustazah hafsah(anak aki seman bekas imam)cikgu mat intan(teksi)cikgu hilmi ghazali
(kedah)dan beberapa orang cikgu lagi termasuk"pengembara silam"pun pernah
ngajo aku dan tak lupa cikgu asri jaafar (la ni cikgu muzik di clifford)