Powered By Blogger

Tuesday, January 5, 2010

Diari 6 (Fahaman politik)


kuala lanar ni agak unik kerana terdapat berbagai ideologi politik
dari zaman KMM,PKM,FRONT SOSIALIST(TANDUK KERBAU)API,AWAS,UMNO,PAS,S46
&PKR,Tetapi ramai juga yang tak tau ulu ilir bantai ikut ajer
tapi nak buat macamana hak masing2,Tetapi golongan orang lama
ramai yang masih setia dengan penimbang dan keris berbanding golongan muda
yang lebih cenderung kepada bulan terang atau bulan sekerat
apa pun diharap pada masa akan datang tahap politik orang lanar bertambah matang
jadi aku teringat ketika pilihanraya tahun 1999 parti keris dan penimbang
mendapat cabaran cukup sengit dikuala lanar terutama apabila geng muda
tidak memberi sokongan seperti sebelumnya.
akhirnya walau berdepan tawaran yang hebat penimbang tewas di peti undi lanor
buat pertama kali sejak merdeka bagi kerusi DUN dimana pertarungan antara penyandang
dengan bekas timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan
maka berlaku upset yang tidak dijangka mujur undi pos jadi penyelamat kalu tak
hilir puak penimbang

Friday, January 1, 2010

Diari 5 Sejarah pendidikan

Di kuala lanor ini sekolah mula ditubuhkan
atau didirikan kalau tak silap selepas perang dunia ke dua
kawasan bangunannya pula terletak berhampiran rumah tinggal arwah aki pilus
ayah kepada pak busu kudin lebih dikenali sebagai
sekolah diatas bukit didirikan dengan kerjasama penduduk
dari ulu kechau(dusun)kerana kebanyakan orang asal kuala lanar
ada hubung kait sedara orng kechau
kemudian selepas beberapa tahun baru lah berpindah ke kawasan sekarang
sekitar tahun 60an

Diari 4 penggal persekolahan bermula


hari ini 2 januari 2010 maka bermulalah alam persekolahan terutama murid2
tahun 1 aku dulu pun macam dia orang juga kena sekolah
atau cakap orang lanor sekoloh
sekolah aku yang mula2 ialah sek.ren.kebangsaan kuala lanar
tahun 1982 masa tu la nak belajar 123 dan abc maklum la
tak masuk tadika walau pon waktu tu dah ader tadika kemas di kg
sebab rumah jauh antara cikgu yang pernah ngajor aku
cikgu mat ludin,cikgu latif alus,cikgu shahrir,cikgu norfatimah(anak arwah aki tahir)
ustazah hafsah(anak aki seman bekas imam)cikgu mat intan(teksi)cikgu hilmi ghazali
(kedah)dan beberapa orang cikgu lagi termasuk"pengembara silam"pun pernah
ngajo aku dan tak lupa cikgu asri jaafar (la ni cikgu muzik di clifford)

Saturday, December 19, 2009

Diari 3 sejarah kampung



Kg.ini mendapat nama kuala lanar kerana hasil dari pertembungan sungai lanar
dan sg.jelai maka terbentuklah kelodak yang dipanggil lanar @ lanor
dan sepanjang kuala ini tanahnya subur sesuai untuk aktiviti pertanian.
kg ini juga mempunyai kawasan atau zon yg dikenali sebagai tg menaun,tg sekawin(jajahan kuala kechau)kg baru lanar,dusun tua,bukit telor,bukit,sg.sega,hoon bee,tanah 500,mini estet,ldg kurnia setia,mempaung,benchah,pasir lancang dan sg.kerak

Sunday, December 6, 2009

Diari 2 Sejarah aku

aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah negeri
yang bernama Pahang Darulmakmur
atau lebih tepat kampung kuala lanar
daerah lipis dan bermukimkan kuala lipis
atau slanga orang sana sebut koala lanor lepih

Diari 1

salam buat semua
hari ini aku mencuba buat blog